Australia Selatan William_Light

Light pada mulanya dipertimbangkan bagi kedudukan Gabenor Australia Selatan - ini, bagaimanapun, diberikan kepada Hindmarsh. Sebaliknya, pada tahun 1835, Light di lantik sebagai Surveyor-General bagi koloni baru itu. Dia belayar ke Australia Selatan bersama teman wanitanya Maria Gandy (isteri keduanya meninggalkannya untuk lelaki lain) dan sebahagian kaki-tangannya dari Rapid.

Di sana Light meletakkan pelan jalan bagi bandar Adelaide, yang kekal sehingga hari ini. Peranannya dalam mengasaskan dan mereka ibu negeri Australia Selatandiingati sebagai "Pandangan Light", dan dirayai dengan patung di atas Bukit Montefiore menunding kearah Bandar Adelaide di bawah. (Peranan ini, bagaimanapun dipertikai. ) Lagenda mengatakan bahawa di sinilah tapak dari mana Kolonel memilih tapak bandar ini. Reka bentuk Light bagai Adelaide terkenal sebagai metropolis agung terakhir yang dirancang; petak tatarajah bandar, diselangi oleh lapangan umum, telah menjadikannya sebagai bandar moden yang diimpikan, berupaya menangani trafik, dan Adelaide Parklands yang mengelilinginya, memberikan perasaan sebagai "bandar dalam taman".